Monday, 15 April 2013

Cahaya Ilhamku

                                    Pabila Tinta Berbisik

Aku cuba bangkit Karena ada kamu
Aku cuba berdiri karena ada kamu
Aku cuba tertawa karena kamu
Aku cuba semangat lagi karena ada kamu

Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari......
Setinggi mana engkau cuba membawa diri akan aku daki......
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi kan ku selami....
 

                                                       Kasih Perindu

Rindu itu seindah pelangi..
berbagai warna penuh berseri...
sayang itu seharum bunga mewangi...
di sentuh tak dapat namun wujud di sisi....
cinta pula sehangat matahari...
hadirnya di nanti...
perginya dicari...
hadirnya penuh erti....
hilangnya tiada pengganti...
  
kita bagaikan dua titis embun
yang bertemu di lautan kehidupan
adakalanya badai nyaris mengusik ketenangan kita
namun pada cinta
kita sentiasa pegang
kekasihku
ku berikan hatiku
ku berikan mataku
agar dirimu bisa melihat
bagaimana cintaku menjagamu
ingin ku kekal selalu bersamamu
berdampingan dan menjagamu
dan suatu hari nanti
ku harap kita bertemu
sebagai bintang yang berpasangan di angkasa sana nanti

Rahmati Perjalanan Diriku

Ya Allah, kubuka lembaran catatanku ini dalam perjalanan mencari cinta & redha-Mu. Telah kudaki puncak derita sengsara tatkala Kau tiada di hatiku. Telah kujatuh tersungkur ke lembah hina bila hatiku jauh dari-Mu. Telah ku terapung di langit kecewa bila hilang nama-Mu dari jiwaku. Maka sehinanya sifat kehambaanku ini, restuilah perjalananku ini agar tak sesat di penjara waktu. Ya Allah, tiada serinya hidupku ini meskipun melimpah kasih insani sedang tiada pula kasih-Mu di hatiku. Maka restui & rahmatilah perjalanan diriku ini dlm m’cari jln pulang kpd-Mu dengan cinta yg suci & abadi.



Bila HATI berjuang kerana Allah,Dugaan itu tempat bersinggah,
Keperitan di telan sebagai juadah,Kejayaan dianggap satu mimpi indah,Andai ditakdirkan rebah,
HATI tetap redha kerana ALLAH.
.

Sahabat Dunia Akhirat


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada dia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman atau sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
Sifat Sahabat Yang Mulia
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik. Seseorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh klembutan dan kesopanan.
2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada. Tidak menceritakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut. Daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya. Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.
4. Menyebut kebaikan. Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.
5. Mudah mengalah. Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Saling nasihat menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat. Bersedia untuk menerima nasihat menasihati.

Sahabat Yang Perlu Dijauhi
1. Mementing diri sendiri. Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi. Mementing diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara. Keutamaannya ialah nafsu sendiri kerana tamak pada kemewahan dan harta dunia.
2. Pengampu. Setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju, tidak kira sama ada perkara itu betul atau salah. Apabila di hadapan, dia memuji kita namun di belakang kita, dia merendahkan dan mungkin mengkhianati kita.
3. Pemboros dan suka hiburan. Apabila seronoknya datang, dia menjadi kawan yang setia. Dia senang menjadi sahabat jika kita suka berlibur, berkeliaran dan ‘melepak’ pada bila-bila masa, serta suka ke tempat-tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan.
4. Membuat kita semakin jauh daripada Allah. Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati jalan-jalan kemungkaran. Hidupnya penuh dengan ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.
5. Suka berbantah-bantah. Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.
  • Berhati-hatilah memilih sahabat kerana ia menjadi cermin keperibadian kita. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Sunday, 14 April 2013

Selamat datang ke Blog Cahaya Ilahi

Blog ini diwujudkan untuk membantu anda dalam membuat tempahan buku secara online, buat sementara buku yang akan dijual melalui blog ini adalah buku hasil karya Faisal Abdurrahman dengan tajuk Tuhan Untuk Semua, Islam untuk Semua dan Pasca Syahadah
1. Buku Tuhan Untuk Semua

Buku ini adalah menjawab soalan-soalan daripada bukan Islam dan juga Muslim tentang islam. Buku ini sesuai dibaca oleh muslim dan bukan muslim.
  
Komen pembaca tentang buku ini, Tuhan Untuk Semua menyingkap persoalan dan kemusykilan non Muslim terhadap Islam, Al-Quran, Nabi Isa dan kedudukan wanita . Hujah yang bernas, padat berserta dengan contoh yang sesuai sangat mudah untuk difahami. Dengan membaca buku Tuhan Untuk Semua, maka dapat memantapkan lagi keyakinan kita terhadap Islam.. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh seluruh lapisan masyarakat terutamanya mereka yang ingin mencari suluh kehidupan... (Fadilah Firdaus)
Harga buku untuk Semenanjung termasuk pos laju RM20 dan Sabah atau Sarawak RM25

 2. Buku Islam Untuk Semua

Buku ini adalah lanjutan daripada buku Tuhan Untuk Semua. Penyajian yg lebih tersusun dengan isu-isu yang lebih menarik. Buku ini sesuia dibaca oleh muslim ataupun bukan muslim. 

Komen Pembaca, 
Jom ramai2 membaca buku ini.. Mmg terbaik!! (Meyra Mahadi)

 Harga buku untuk Semenanjung termasuk pos laju RM25 dan Sabah atau Sarawak RM30


 3. Buku Pasca Syahadah
Buku ini sesuai dibaca oleh non muslim yang ingin memahami islam dan juga muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi tidak mempunyai asas agama yang kuat. Buku ini akan menguatkan akidah seseorang. Buku ini menggunakan bahasa yang mudah dan lojik yang mudah difahami sehingga sesuai dibaca oleh semua lapisan amsyarakat tak kira peringkat pendidikannya.

Harga buku untuk Semenanjung termasuk pos laju RM30 dan Sabah atau Sarawak RM35.

Tempahan boleh dibuat melalui emel kimie4naqiu@gmail.com atau naqiuunivers@yahoo.com