Wednesday, 22 May 2013

Fahamilah Pelawat Lamanku Ini

                     JODOH VS HIDAYAH 



Bila soal JODOH ramai yang memilih untuk berusaha mencari walaupun sedar hakikatnya JODOH sudah ditentukan..
Tapi bila bercakap soal HIDAYAH,ramai yang memilih untuk menunggu biarpun sedar HIDAYAH itu perlu dicari bukan jatuh ke riba.

WAHAI KAUM ADAM..Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu  :-


Bawalah dia ke jalan Allah
Nasihatilah dia
Perbetulkan kesilapannya
Jagalah dia dgn baik
Kasihanilah dia
Lindungilah dia
Berilah kasih syg padanya
Hargailah dia
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
Bersabar dengannya
Terimalah & cintailah kekurangannya
Jadilah IMAM terbaik untuknya & redhalah padanya 


                          Kehidupan



Hdup di dunia ni bukan PERCUMA,
Kite disediakan SYURGA dan NERAKA di AKHIRAT sane,
So slagi msh idop ni wat la AMAL KEBAJIKAN,
Lakukanlah PERINTAH dan SURUHAN Allah agar diberkati,
Semoga mendapat GANJARAN PAHALA serta di tmpatkan di SYURGA kelak,
Yang penting SABAR dalam apa jua UJIAN,,, YAKIN dan TABAH.. Jadilah diri sendiri...
BERUSAHA dan ISTIQAMAH melakukan sesuatu..
Semoga cita2 tercapai dgn izin dariNYA.

Apakah Itu Cinta Yang Sebenar

Cinta adalah fitrah hati Lahir tanpa dipinta dan dipaksa Namun Tuhan sentiasa menguji Apakah cinta itu suci atau sebaliknya

Cintailah yang di hati Itu cinta hakiki yang murni Jangan cinta hanya nafsu Itu cinta palsu yang melulu Betapa bahagianya cintakan Tuhan Bagai bunga yang mewangi kehidupan

Tiada waktu dan jarak memisah Kembara rasa tak bernoktah Betapa derita korban percintaan Bila nafsu menjadi taruhan Jiwa gelisah bila terpisah Asyik bertemu jemu bertamu Cintailah sesiapa sahaja Asal wadahnya cinta ALLAH Jauh terhubung rindu Dekat terikat padu.

CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)


Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow.. Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran 

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 

 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’ 

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 

 5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’ 

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.. 

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, ‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’ ‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’ ‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. ‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’ Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’ Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 

 8) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 

9) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. 

10) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 

11) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 

12) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’ Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW. Dikirim dalam CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERI

Monday, 15 April 2013

Cahaya Ilhamku

                                    Pabila Tinta Berbisik

Aku cuba bangkit Karena ada kamu
Aku cuba berdiri karena ada kamu
Aku cuba tertawa karena kamu
Aku cuba semangat lagi karena ada kamu

Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari......
Setinggi mana engkau cuba membawa diri akan aku daki......
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi kan ku selami....
 

                                                       Kasih Perindu

Rindu itu seindah pelangi..
berbagai warna penuh berseri...
sayang itu seharum bunga mewangi...
di sentuh tak dapat namun wujud di sisi....
cinta pula sehangat matahari...
hadirnya di nanti...
perginya dicari...
hadirnya penuh erti....
hilangnya tiada pengganti...
  
kita bagaikan dua titis embun
yang bertemu di lautan kehidupan
adakalanya badai nyaris mengusik ketenangan kita
namun pada cinta
kita sentiasa pegang
kekasihku
ku berikan hatiku
ku berikan mataku
agar dirimu bisa melihat
bagaimana cintaku menjagamu
ingin ku kekal selalu bersamamu
berdampingan dan menjagamu
dan suatu hari nanti
ku harap kita bertemu
sebagai bintang yang berpasangan di angkasa sana nanti

Rahmati Perjalanan Diriku

Ya Allah, kubuka lembaran catatanku ini dalam perjalanan mencari cinta & redha-Mu. Telah kudaki puncak derita sengsara tatkala Kau tiada di hatiku. Telah kujatuh tersungkur ke lembah hina bila hatiku jauh dari-Mu. Telah ku terapung di langit kecewa bila hilang nama-Mu dari jiwaku. Maka sehinanya sifat kehambaanku ini, restuilah perjalananku ini agar tak sesat di penjara waktu. Ya Allah, tiada serinya hidupku ini meskipun melimpah kasih insani sedang tiada pula kasih-Mu di hatiku. Maka restui & rahmatilah perjalanan diriku ini dlm m’cari jln pulang kpd-Mu dengan cinta yg suci & abadi.



Bila HATI berjuang kerana Allah,Dugaan itu tempat bersinggah,
Keperitan di telan sebagai juadah,Kejayaan dianggap satu mimpi indah,Andai ditakdirkan rebah,
HATI tetap redha kerana ALLAH.
.

Sahabat Dunia Akhirat


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada dia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman atau sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
Sifat Sahabat Yang Mulia
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik. Seseorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh klembutan dan kesopanan.
2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada. Tidak menceritakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut. Daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya. Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.
4. Menyebut kebaikan. Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.
5. Mudah mengalah. Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Saling nasihat menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat. Bersedia untuk menerima nasihat menasihati.

Sahabat Yang Perlu Dijauhi
1. Mementing diri sendiri. Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi. Mementing diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara. Keutamaannya ialah nafsu sendiri kerana tamak pada kemewahan dan harta dunia.
2. Pengampu. Setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju, tidak kira sama ada perkara itu betul atau salah. Apabila di hadapan, dia memuji kita namun di belakang kita, dia merendahkan dan mungkin mengkhianati kita.
3. Pemboros dan suka hiburan. Apabila seronoknya datang, dia menjadi kawan yang setia. Dia senang menjadi sahabat jika kita suka berlibur, berkeliaran dan ‘melepak’ pada bila-bila masa, serta suka ke tempat-tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan.
4. Membuat kita semakin jauh daripada Allah. Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati jalan-jalan kemungkaran. Hidupnya penuh dengan ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.
5. Suka berbantah-bantah. Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.
  • Berhati-hatilah memilih sahabat kerana ia menjadi cermin keperibadian kita. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Sunday, 14 April 2013

Selamat datang ke Blog Cahaya Ilahi

Blog ini diwujudkan untuk membantu anda dalam membuat tempahan buku secara online, buat sementara buku yang akan dijual melalui blog ini adalah buku hasil karya Faisal Abdurrahman dengan tajuk Tuhan Untuk Semua, Islam untuk Semua dan Pasca Syahadah
1. Buku Tuhan Untuk Semua

Buku ini adalah menjawab soalan-soalan daripada bukan Islam dan juga Muslim tentang islam. Buku ini sesuai dibaca oleh muslim dan bukan muslim.
  
Komen pembaca tentang buku ini, Tuhan Untuk Semua menyingkap persoalan dan kemusykilan non Muslim terhadap Islam, Al-Quran, Nabi Isa dan kedudukan wanita . Hujah yang bernas, padat berserta dengan contoh yang sesuai sangat mudah untuk difahami. Dengan membaca buku Tuhan Untuk Semua, maka dapat memantapkan lagi keyakinan kita terhadap Islam.. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh seluruh lapisan masyarakat terutamanya mereka yang ingin mencari suluh kehidupan... (Fadilah Firdaus)
Harga buku untuk Semenanjung termasuk pos laju RM20 dan Sabah atau Sarawak RM25

 2. Buku Islam Untuk Semua

Buku ini adalah lanjutan daripada buku Tuhan Untuk Semua. Penyajian yg lebih tersusun dengan isu-isu yang lebih menarik. Buku ini sesuia dibaca oleh muslim ataupun bukan muslim. 

Komen Pembaca, 
Jom ramai2 membaca buku ini.. Mmg terbaik!! (Meyra Mahadi)

 Harga buku untuk Semenanjung termasuk pos laju RM25 dan Sabah atau Sarawak RM30


 3. Buku Pasca Syahadah
Buku ini sesuai dibaca oleh non muslim yang ingin memahami islam dan juga muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi tidak mempunyai asas agama yang kuat. Buku ini akan menguatkan akidah seseorang. Buku ini menggunakan bahasa yang mudah dan lojik yang mudah difahami sehingga sesuai dibaca oleh semua lapisan amsyarakat tak kira peringkat pendidikannya.

Harga buku untuk Semenanjung termasuk pos laju RM30 dan Sabah atau Sarawak RM35.

Tempahan boleh dibuat melalui emel kimie4naqiu@gmail.com atau naqiuunivers@yahoo.com